Monday, February 14, 2011

SELAMAT DATANG KE PERS. SAINS & MATEMATIK SMKTBB

Pada 10 Januari 2011 telah diadakan pendaftaran kelab dan persatuan SMK Tunku Besar Burhanuddin, Sri Menanti. Persatuan Sains dan Matematik masih lagi mengekalkan ahli yang lama dengan tambahan beberapa oeang pelajar baru. Mesyuarat Agong Persatuan Sains & Matematik terus diadakan selepas sesi pendaftaran bertempat di Makmal Kimia. Pelantikan AJK tertinggi persatuan telah dilakukan di samping perancangan aktiviti sepanjang tahun ini. Ahli-ahli persatuan setuju untuk membayar yuran persatuan sebanyak RM5 setahun.
Pada 31 Januari 2011, perjumpaan kali kedua Persatuan Sains & Matematik SMKTBB diadakan. Aktiviti pada kali ini ialah penyediaan carta organisasi dan pengemaskinian maklumat di papan kenyataan yang telah disediakan. Ahli-ahli bekerjasama dalam menyediakan bahan-bahan untuk ditampal pada papan kenyataan yang telah disediakan dan seterusnya ahli-ahli persatuan bekerjasama menceriakan papan kenyataan tersebut. Segala aktiviti telah dijalankan di Makmal Sains dan di laluan ilmu aras 3 SMKTBB.
Pada 14 Januari 2011, perjumpaan kali ketiga telah diadakan bertempat di Pusat Akses SMKTBB. Pada kali ini, aktiviti persatuan adalah menyediakan bahan untuk dipaparkan di Wakaf Matematik SMKTBB. Pelajar-pelajar mencari bahan pembelajaran di Internet dan telah mengedit bahan tersebut. Ada juga pelajar ya
ng mengemaskini blog persatuan.